xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> LETS SAVE LIFE: September 2010

Saturday, September 25, 2010

PruBSN CrisisCover (TERBARU)

PruBSN CrisisCover


Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun. 
Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut :
Pemegang Policy : 80%
PruBSN Takaful Berhad : 20%
Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.

Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu


  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
  • Parent Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.
Selain itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan.
Contoh Plan :

Takafulink VS MRTA

MRTA vs Takafulink

Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Takafulink bagi tujuan perlindungan hartanah anda.....

MRTA Vs Takafulink

Untuk pengetahuan semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang terunggak.

Ciri-ciri MRTA adalah seperti berikut.
1. Bayaran lump sum (sekali gus). 

2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan). 
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman. 
7. Tiada nilai tunai.

Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi. Macam mana?.....Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.

Bagaimana takafulink boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA/MRTT?

Cuba kita lihat ciri-ciri takafulink.

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.
2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.
7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.
Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%. Sila rujuk "allocation premium takafulink" di sini.

Biar saya tunjukkan dalam bentuk graf, mungkin lebih membantu.


1. Gambarajah di bawah ini adalah graf pinjaman dengan MRTA. Peminjam meninggal sebelum pinjaman dilunaskan.

MRTA akan bertindak sebagai perlindungan kewangan kepada pinjaman kita. Jumlah perlindungan akan menurun mengikut baki pinjaman kita. Premium perlu dibayar sekaligus dan biasanya bank akan tawarkan pinjaman dan apabila premium tersebut dimasukkan ke dalam pinjaman, ia juga akan dikenakan interest. So, bank akan dapat untung lebih hasil dari interest premium MRTA tersebut.

Sekiranya berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar ke bank dengan menggunakan pampasan MRTA. Pewaris tidak perlu membayar baki pinjaman yang tertunggak selepas kematian peminjam.



2. Pinjaman dilunaskan sehingga habis tempoh meminjam dan tiada kematian berlaku.



Sekiranya tiada kematian berlaku sehingga tempoh akhir pinjaman, duit MRTA tidak akan dipulangkan, dan rumah tersebut menjadi hak milik peminjam


3. Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.

Berbeza dengan Plan Takafulink, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium boleh dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil plan MRTA dan tidak terdedah dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.


Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan tersebut boleh digunakan oleh pewaris terutama sekiranya yang ditinggalkan adalah isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yang masih kecil. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.

Selain itu, waris juga dapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takafulink pada tahun kematian.


4. Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.



Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat pulangan pelaburan. Lihat graf dibawah.



Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekan. Lihat graf di bawah.


Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya call/ sms 019 474 4202 (Azlan Shah)

PruBSN Protect (TERBARU)

PruBSN Protect

Plan PruBSN Protect merupakan sejenis Plan traditional yang memberi perlindungan kewangan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhandisebabkan sebab2 bukan kemalangan. Ia juga ditambah dengan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan dan beberapa manfaat yang berkaitan kemalangan yang lain.

Terdapat pula PruBSN Protect Plus yang menggandakan jumlah perlindungan sebanyak 5% dalam setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sign up sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, ada satu kaedah / cara bagaimana kita ingin memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.

Antara manfaat dalam plan ini adalah
  • PruBSN Protect
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • PruBSN Protect Plus
Manfaat ini sama seperti manfaat di atas, cuma jumlah sum insured / sum covered akan bertambah setiap 3 tahun sebanyak 5%.
  • Accident Death and Disablement
Memberikan keluarga pemegang policy wang tunai sekiranya pemegang policy meninggal dunia atau hilang upaya kekal keselurhan disebabkan oleh kemalangan.
  • Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu, kemudian, baru kita buat claim ke PruBSN Takaful.
  • Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang policy cuti sakit (MC disebabkan oleh accident). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh Doktor yang merawat.
  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang policy disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pemegang policy disahkan mengidap sakit kritikal.
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan
  • Parent Contributor (hanya utk client yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Konsep PruBSN Protect Plus

PruBSN Protect Plus

Contoh Plan PruBSN Protect



Contoh Plan PruBSN ProtectPlus

Thursday, September 16, 2010

Kos rawatan anak sakit jantung

Pasangan rayu bantu kos rawatan anak sakit jantung

MOHD. Rashid Ismail menunjukkan parut pembedahan pada dada Adam Haris semasa ditemui di rumahnya di Kampung Rambai Padang, Bukit Raya, Pendang, semalam. - BERNAMA


PENDANG 16 Sept. - Sepasang suami isteri dari Kampung Rambai Padang, Bukit Raya dekat sini, merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatan susulan anak bongsu mereka berusia dua tahun yang menghidap sakit jantung berlubang dan mempunyai masalah pada injap jantung.
Mohd. Rashid Ismail, 42, dan isteri Sharifah Ahmad, 31, ketika ini terpaksa berhutang dengan saudara-mara bagi membiayai kos rawatan anak mereka Adam Haris, di Institut Jantung Negara (IJN).
Mohd. Rashid berkata, anaknya sudah dibedah pada 5 Mei lalu dengan kos RM31,000 di IJN dan kini menunjukkan tanda-tanda pulih seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Namun, IJN hanya membiayai kos pembedahan sebanyak RM18,000 dan baki selebihnya perlu dilunaskan sendiri oleh pasangan suami isteri berkenaan.
"Bukan itu sahaja yang perlu saya lunaskan, malah kos rawatan susulan di IJN setiap dua bulan sekali, yang menelan kos RM1,000 juga saya tidak mampu. Temu janji untuk rawatan anak saya pada Ogos lalu, terpaksa saya batalkan disebabkan kesempitan hidup," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
"Pendapatan saya sebagai pekerja kedai besi di kampung sekitar RM30 sehari tidak cukup untuk membiayai kos rawatan itu, memandangkan saya terpaksa menanggung tiga lagi anak yang berusia enam hingga 12 tahun yang masih bersekolah," katanya.
Sementara itu, Sharifah berkata beliau bimbang tahap kesihatan Adam Haris merosot jika rawatan susulan tidak dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan kerana anaknya perlu menjalani rawatan untuk suatu tempoh agak panjang dan tidak diketahui bila proses rawatan itu akan berakhir.
"Dengan pendapatan suami saya yang tidak seberapa, kami terpaksa berhutang dengan saudara-mara bagi membiayai kos rawatan dan kos perjalanan ke sana (IJN).
"Saya berharap dengan bantuan orang ramai, kami boleh menghantar anak ke IJN bagi membolehkannya menikmati kehidupan normal seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya," katanya.
Selain itu, anak ketiga pasangan berkenaan, Erna Harnani, 6, pula mengalami masalah mudah letih sejak berusia lima tahun dan perlu menjalani rawatan di klinik berdekatan setiap kali menghadapi masalah tersebut.
Mereka yang bersimpati dengan nasib keluarga ini, boleh menghubungi Sharifah di talian 017-4407439 atau menyalurkan bantuan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 021122981662228-7. -- BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri