xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> LETS SAVE LIFE: 2010

Sunday, November 7, 2010

PRUBSN TAKAFUL UMMAH



Bagaimana plan PruBSN UMMAH dapat membantu anda untuk menjamin simpanan Haji dan Umrah? 


1. Manfaat-manfaat Haji/Umrah.

Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.

Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji (Upah orang tunaikan haji).

Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.


2. Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.

Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.

Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.


3. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi.

Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.

4.Tingkatkan simpanan anda.
Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal1, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.


5. Manfaat-manfaat penyakit kritikal.

Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.


6. Bonus Loyalti.

Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.






7. Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini??

Sumbangan bulanan minimum adalah 
RM50Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
  • Umur anda
  • Jumlah dan terma perlindungan anda
  • Status kesihatan anda
  • Jantina anda
  • Tahap risiko pekerjaan anda
  • Kaedah pembayaran anda
  • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun

Saturday, September 25, 2010

PruBSN CrisisCover (TERBARU)

PruBSN CrisisCover


Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun. 
Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut :
Pemegang Policy : 80%
PruBSN Takaful Berhad : 20%
Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.

Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu


  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
  • Parent Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.
Selain itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan.
Contoh Plan :

Takafulink VS MRTA

MRTA vs Takafulink

Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Takafulink bagi tujuan perlindungan hartanah anda.....

MRTA Vs Takafulink

Untuk pengetahuan semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang terunggak.

Ciri-ciri MRTA adalah seperti berikut.
1. Bayaran lump sum (sekali gus). 

2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan). 
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman. 
7. Tiada nilai tunai.

Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi. Macam mana?.....Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.

Bagaimana takafulink boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA/MRTT?

Cuba kita lihat ciri-ciri takafulink.

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.
2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.
7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.
Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%. Sila rujuk "allocation premium takafulink" di sini.

Biar saya tunjukkan dalam bentuk graf, mungkin lebih membantu.


1. Gambarajah di bawah ini adalah graf pinjaman dengan MRTA. Peminjam meninggal sebelum pinjaman dilunaskan.

MRTA akan bertindak sebagai perlindungan kewangan kepada pinjaman kita. Jumlah perlindungan akan menurun mengikut baki pinjaman kita. Premium perlu dibayar sekaligus dan biasanya bank akan tawarkan pinjaman dan apabila premium tersebut dimasukkan ke dalam pinjaman, ia juga akan dikenakan interest. So, bank akan dapat untung lebih hasil dari interest premium MRTA tersebut.

Sekiranya berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar ke bank dengan menggunakan pampasan MRTA. Pewaris tidak perlu membayar baki pinjaman yang tertunggak selepas kematian peminjam.



2. Pinjaman dilunaskan sehingga habis tempoh meminjam dan tiada kematian berlaku.



Sekiranya tiada kematian berlaku sehingga tempoh akhir pinjaman, duit MRTA tidak akan dipulangkan, dan rumah tersebut menjadi hak milik peminjam


3. Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.

Berbeza dengan Plan Takafulink, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium boleh dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil plan MRTA dan tidak terdedah dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.


Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan tersebut boleh digunakan oleh pewaris terutama sekiranya yang ditinggalkan adalah isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yang masih kecil. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.

Selain itu, waris juga dapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takafulink pada tahun kematian.


4. Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.



Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat pulangan pelaburan. Lihat graf dibawah.



Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekan. Lihat graf di bawah.


Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya call/ sms 019 474 4202 (Azlan Shah)

PruBSN Protect (TERBARU)

PruBSN Protect

Plan PruBSN Protect merupakan sejenis Plan traditional yang memberi perlindungan kewangan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhandisebabkan sebab2 bukan kemalangan. Ia juga ditambah dengan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan dan beberapa manfaat yang berkaitan kemalangan yang lain.

Terdapat pula PruBSN Protect Plus yang menggandakan jumlah perlindungan sebanyak 5% dalam setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sign up sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, ada satu kaedah / cara bagaimana kita ingin memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.

Antara manfaat dalam plan ini adalah
  • PruBSN Protect
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • PruBSN Protect Plus
Manfaat ini sama seperti manfaat di atas, cuma jumlah sum insured / sum covered akan bertambah setiap 3 tahun sebanyak 5%.
  • Accident Death and Disablement
Memberikan keluarga pemegang policy wang tunai sekiranya pemegang policy meninggal dunia atau hilang upaya kekal keselurhan disebabkan oleh kemalangan.
  • Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu, kemudian, baru kita buat claim ke PruBSN Takaful.
  • Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang policy cuti sakit (MC disebabkan oleh accident). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh Doktor yang merawat.
  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang policy disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pemegang policy disahkan mengidap sakit kritikal.
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan
  • Parent Contributor (hanya utk client yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Konsep PruBSN Protect Plus

PruBSN Protect Plus

Contoh Plan PruBSN Protect



Contoh Plan PruBSN ProtectPlus

Thursday, September 16, 2010

Kos rawatan anak sakit jantung

Pasangan rayu bantu kos rawatan anak sakit jantung

MOHD. Rashid Ismail menunjukkan parut pembedahan pada dada Adam Haris semasa ditemui di rumahnya di Kampung Rambai Padang, Bukit Raya, Pendang, semalam. - BERNAMA


PENDANG 16 Sept. - Sepasang suami isteri dari Kampung Rambai Padang, Bukit Raya dekat sini, merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatan susulan anak bongsu mereka berusia dua tahun yang menghidap sakit jantung berlubang dan mempunyai masalah pada injap jantung.
Mohd. Rashid Ismail, 42, dan isteri Sharifah Ahmad, 31, ketika ini terpaksa berhutang dengan saudara-mara bagi membiayai kos rawatan anak mereka Adam Haris, di Institut Jantung Negara (IJN).
Mohd. Rashid berkata, anaknya sudah dibedah pada 5 Mei lalu dengan kos RM31,000 di IJN dan kini menunjukkan tanda-tanda pulih seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Namun, IJN hanya membiayai kos pembedahan sebanyak RM18,000 dan baki selebihnya perlu dilunaskan sendiri oleh pasangan suami isteri berkenaan.
"Bukan itu sahaja yang perlu saya lunaskan, malah kos rawatan susulan di IJN setiap dua bulan sekali, yang menelan kos RM1,000 juga saya tidak mampu. Temu janji untuk rawatan anak saya pada Ogos lalu, terpaksa saya batalkan disebabkan kesempitan hidup," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
"Pendapatan saya sebagai pekerja kedai besi di kampung sekitar RM30 sehari tidak cukup untuk membiayai kos rawatan itu, memandangkan saya terpaksa menanggung tiga lagi anak yang berusia enam hingga 12 tahun yang masih bersekolah," katanya.
Sementara itu, Sharifah berkata beliau bimbang tahap kesihatan Adam Haris merosot jika rawatan susulan tidak dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan kerana anaknya perlu menjalani rawatan untuk suatu tempoh agak panjang dan tidak diketahui bila proses rawatan itu akan berakhir.
"Dengan pendapatan suami saya yang tidak seberapa, kami terpaksa berhutang dengan saudara-mara bagi membiayai kos rawatan dan kos perjalanan ke sana (IJN).
"Saya berharap dengan bantuan orang ramai, kami boleh menghantar anak ke IJN bagi membolehkannya menikmati kehidupan normal seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya," katanya.
Selain itu, anak ketiga pasangan berkenaan, Erna Harnani, 6, pula mengalami masalah mudah letih sejak berusia lima tahun dan perlu menjalani rawatan di klinik berdekatan setiap kali menghadapi masalah tersebut.
Mereka yang bersimpati dengan nasib keluarga ini, boleh menghubungi Sharifah di talian 017-4407439 atau menyalurkan bantuan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 021122981662228-7. -- BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Thursday, August 19, 2010

Kami bayar bil hospital anda

PruBSN Takaful Health Kasi Bonus?

Pernahkah anda melawat orang sakit di hospital? Pernahkah anda pergi majlis tahlil? Pernahkah anda terfikir, jika anda di tempat orang yang anda lawati itu?
Mmmm….
Duit dah ready untuk berubat…? Budiey jamin, korang pasti sanggup bergadai rumah atau kereta untuk sembuh, kan? Jika meninggal, adakah hutang yang ditinggalkan, boleh diselesaikan oleh keluarga? Realitinya, dalam kehidupan, hari ini kita sihat… mungkin besok kita akan sakit.
Kehidupan kadang-kadang tak menentu…

Jangan sakit jiwa sudah lah!
Jadi, itu pentingnya kita ada insurans perubatan. Ianya satu keperluan. Ia penting digunakan untuk diri sendiri jika sakit.
Kata orang, lebih baik mencegah daripada mengubati.
Bila dah sakit… macam ni lah jadinya… terlantar kat katil.
PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenalkan pelan insurans perubatan terbarunya, Takaful Health dengan slogan Sick We Cover. Healthy we pay
Takaful merupakan salah satu konsep insuran yang berdasarkan muamalat dalam islam, yang berlandaskan hukum syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.
Anda pasti cakap, sekarang ini anda tengah sihat… buat apa join Takaful Health.
Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.
Takaful Health adalah produk yang membayar pelanggan untuk menggalakkan mereka menjaga kesihatan dan pada masa sama melindungi pelanggan ketika sakit. Ianya menawarkan bonus antara RM100 hingga RM500 setahun kepada pelanggan yang tidak membuat tuntutan perubatan sepanjang tahun.
Kiranya, korang diberi bonus kerana menjaga kesihatan anda!
Budiey kira, ini adalah pelan yang pertama memberikan lebih tambah nilai kepada pengguna untuk menikmati ganjaran daripada pelaburan mereka, walaupun anda dalam keadaan sihat. Bonus tu, bergantung kepada pelan yang kita pilih jugak. Jumlah bonus tahunan itu akan terus dimasukkan ke dalam akaun pengguna dalam bentuk tunai setiap tahun apabila tiada tuntutan dibuat.
Kebanyakan kawan Budiey cakap, sejak insuran ini dijual dari 12 November lalu, ramai yang memberi respon yang positif.
Kepada pembaca yang belum tahu lagi, Takaful Health menyediakan lima pelan insurans perubatan iaitu TH100, TH150 TH200, TH300, TH400 dan TH500 untuk dilanggani pengguna seawal usia setahun hingga 60 tahun menerusi premium minimum RM100 hingga RM500.
Ia menawarkan had perlindungan perubatan tahunan antara RM50,000 sehingga RM150,000, mengikut pelan yang dipilih pengguna dengan perlindungan sehingga usia 80 tahun.

Lindungi diri anda sentiasa…
Takaful Health bagi TH200, TH300 dan TH400 juga dirangka supaya pengguna boleh meningkatkan had perlindungan tahunan sehingga 10 kali ganda, mengikut tuntutan yang diperlukan bagi perlindungan di luar jangka.
Sebagai ciri tambahan lain, Takaful Health ini juga boleh dilampirkan bersama pelan lain yang berkaitan, khususnya untuk pelaburan atau pendidikan seperti pelan Takafulink atau Takafulink Cerdik.
Selain diberinya kita bonus, Takaful Health juga memberi perlindungan menyeluruh untuk bil kemasukan hospital dan pembedahan.
Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan

Pilihan dari pelan perubatan yang MAMPU DIMILIKI

Perlindungan sehingga umur 70 tahun atau 80 tahun.
Untuk info lanjut tentang PruBSN Takaful Health ni, sila hubungi perunding anda;
 019 4744 202 (Azlan Shah)

Saturday, August 14, 2010

Renung-renungkan



Sebenarnya, apa yang berlaku kepada Encik Abdul Rahman Rejab, 57 tahun, adalah satu cerita atau kisah yang saya selalu gunakan dalam sales presentation saya. Ada prospect yang saya jumpa atau client yang saya jumpa tak nak amik insurance atau takaful disebabkan oleh "Saya ada duit dalam bank beratus ribu, kalau untuk bayar kos rawatan saya, saya tak de masalah...memang saya dah bersedia...."...itu respond yang saya pernah terima, tapi hakikatnya...kalau anda teliti kisah Encik Abdul Rahman nie, gaji beliau kena suspend dalam bank (sebab apa? Perkara nak berlaku kekadang tak de signal, terus berlaku)...masa tu le jugak document hilang entah ke mana, sebab dok kalut apabila tetiba ditimpa musibah...

Lihat sendiri, apa akibatnya, nak keluarkan duit sendiri pun tak boleh, walau pun anak yang keluarkan...jadi, dalam keadaan begini, pernahkah anda terfikir, beliau tak mampu nak bergerak, hanya mampu mengelipkan mata...kalau ia boleh berlaku kepada orang lain, ia jugak boleh berlaku kepada kita. Jadi, saya ingin mengajak semua pembaca arktikel ini, merenung sejenak, sekiranya kes ini berlaku, instrument kewangan mana yang paling efisen yang kita boleh harapkan?...

Bank?...KWSP?....baca sendiri keratan akhbar yang saya attached nie, anak beliau nak keluarkan duit pun tak boleh, dan bank takkan release semudah itu, ada procedure yang perlu di lalui dan kalau pihak ketiga nak keluarkan duit direct dari account, memang takkan boleh, kecuali ada ATM card, itu pun kalau tau no pin, kalau no pin pun tak tau, macam mana nak berkomunikasi dengan orang yang hanya mampu mengelip mata?...Berbalik kepada soalan saya, instrument apa?...tidak lain dan tidak bukan adalah INSURANCE atau TAKAFUL....

Kalau kita simpan dalam bank, lumpuh seperti Encik Abdul Rahman nie, hanya kita yang boleh keluarkan duit, tapi kalau Insurance/Takaful...lumpuh macam nie, duit akan dibayar oleh pihak insurance/takaful kepada waris yang memerlukan untuk teruskan kehidupan dan menanggung kos rawatan perubatan....FAST, IMMEDIATE and GUARANTEED....itu sahaja yang mampu saya katakan....memang mekanisma insurance/takaful dicipta sedemikian rupa, bukan seperti bank, ASB atau Tabung Haji....


Jadi, kalau ada sesiapa yang mempunyai pemikiran bahawa simpan duit dibank untuk tujuan emergency atau sakit, pada saya adalah tindakan kurang bijak...simpan sebahagian duit tersebut di insurance/takaful yang comprehensive (complete semua ada)....dan sebahagian lagi simpan le di bank, Unit Trust atau laburkan mengikut kehendak masing2.

Maklumat telah disampaikan, banyak dah artikel seperti ini keluar di surat khabar, terpulang ke atas kita untuk bertindak....ambil tahu product insurance/takaful yang ada sekarang....anda sign up atau tidak, itu soal no. 8...kenapa solan no. 8?....sebab ada 7 persoalan lagi yang anda perlu tahu dan fahamkan baru lah anda decide. Apa 7 soalan tersebut...

1- Kenapa Anda PERLU perlindungan TAKAFUL?

*Soalan ke-2 hingga 5

Apa yang insurance boleh bantu untuk risiko ini?

2- Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan

3- Sakit Kritikal

4- Kemalangan (Mati atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

5- Simpanan Berterusan

TAKAFUL CERDIK-EDUCATION PLAN

Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak? Siapa yang mempunyai pilihan.....renung mata anak kita....renung sedalam-dalamnya...sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah....adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka. Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?...siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia...kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?....

Jadi, pelan Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.


Apa dia Pelan Takafulink Cerdik?

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

Senarai manfaat dan penerangan...

1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

Sebab kematian terdiri kematian biasa


2- 36 Jenis Penyakit Kritikal (senarai penyakit kritikal)
- Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
- Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)
- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. 
- Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
- Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)

- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula. 
- Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.


4- Kad Perubatan (Major Medical Card-MMC)
 

- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

5- Elaun Hospital

- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. 
- Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
- Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.
6- Elaun ICU

- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

8- Elaun Bedah

- Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

9- Elaun Lumpuh

- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

9- Khairat Kematian

- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut 

10- Premium Percuma

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya
  • Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal
  • Pembayar meninggal dunia
  • Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)
  • Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.


Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.

11- Pulangan Pelaburan

- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. 
- Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).

- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

12- Takaful Saver

- Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda. Sila rujuk Takaful Saver

Wednesday, August 11, 2010

Medical Card

MEDICAL CARD (KAD PERUBATAN)
NILAI PERLINDUNGAN YANG TINGGI & BAYARAN BULANAN YANG RENDAH TERTAKLUK KEPADA UMUR SERTA KEMAMPUAN ANDA
Insuran No 1 & terbaik di Malaysia. Rekod claim yang cemerlang tanpa Medicare ATAU Medijaring.
Had Min RM 500,000-00 sehingga umur 70 Tahun. Had tahunan RM50,000-00 tanpa Pecahan had.
Berkuatkuasa selepas 4 bulan dari tarikh kad. Untuk Kemalangan, sebaik sahaja kad diluluskan.

BIL SEPERTI DICAJ
· Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian RM100-00 (Max 120 hari)
· Manfaat ICU (30 hari setahun)
· Manfaat Pembedahan
· Manfaat Dalam Hospital & Perkhidmatan Berkaitan
(Ubat,peralatan,ujian makmal,makanan,ambulan,yuran Dr & lain2)

BIL SEPERTI DICAJ – PESAKIT LUAR
· 30 Hari Sebelum & 90 Hari selepas keluar wad – Prudential akan membayar balik
90% daripada nilai bil rawatan ini.
· Manfaat Penjagaan oleh Jururawat di rumah 4 jam setiap hari (Lifetime 180 hari)
· Manfaat Surgeri Harian
· Manfaat Rawatan Barah
· Manfaat Rawatan Dialisis Buah Pinggang
· Manfaat Rawatan Kecemasan Kecederaan Kemalangan

LAIN LAIN BIL
· Ko –Insuran – 10% daripada kos bil hospital perlu dibayar oleh anda kepada
hospital (Minima RM300-00 & Maksima RM1,000-00)
· Perlindungan 24 jam di seluruh dunia – Asalkan tidak melebihi 90 hari. Bil
dibayar balik mengikut kadar rawatan di Malaysia tertakluk mana yang lebih
rendah.

FAEDAH-FAEDAH PAMPASAN
(Tidak dipotong dari nilai Kad Perubatan atau pun Simpanan Anda).
· Kematian biasa atau hilang Upaya Kekal + Khairat kematian RM2,000-00 + Nilai
tunai simpanan anda
· 36 Penyakit Kritikal / Hilang Upaya Kekal (sebelum umur 60 tahun) atau Kematian
– jumlah tertakluk kepada caruman bulanan anda.
· Kematian /Hilang Upaya kekal akibat Kemalangan – Minima RM20,000-00 .
Dibayar berganda jika ia berlaku di dalam pengangkutan awam, lif atau hotel.
· Kos Perubatan Pesakit Luar – RM2,000-00 bagi setiap kemalangan.
· Elaun Cuti Sakit (MC) (Akibat Kemalangan) – Minima RM100-00 seminggu.
· Elaun Harian semasa berada di Wad Hospital – RM50-00 hingga RM400-00
(tertakluk kepada caruman bulanan anda)

SIMPANAN & PELABURAN ANDA
· Tempoh matang – anda yang tentukan asalkan nilai simpanan anda melebihi
RM1,000-00 utk kad Prudential atau RM4,000-00 jika Kad BSN Takaful.
· Untuk Kad Prudential, seandainya anda didiagnos 36 Penyakit Kritikal atau
pun Hilang Upaya Kekal (sebelum umur 70 tahun) , anda tidak perlu lagi
mencarum premium bulanan anda. Prudential akan mengambil alih
mencarum ke dalam akaun anda sehingga umur anda mencapai 100 tahun.
Utk Kad Pru BSN Takaful hanya 36 Penyakit Kritikal sahaja & sehingga
umur anda mencapai 80 tahun)
· Simpanan anda terjamin, tidak terjejas walaupun anda sudah membuat claim
atau mendapat faedah-faedah pampasan di atas.
· Simpanan Tambahan ( SAVER) Minima RM10-00 - dapat mempercepatkan nilai tunai
simpanan anda.

MEDICAL CARD / KAD PERUBATAN

Medical Card - Major Medical Cover (MMC)

Medical Card PruBSN Takaful atau Major Medical Cover (MMC) adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.





Antara kelebihan MMC adalah seperti berikut :Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun yang tinggi
Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
Penjagaan jururawat di rumah
Pembedahan balik hari (Day Surgery)
Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
Rawatan Dialisis buah pinggang
Rawatan Kanser
Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun
Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
Dan banyak lagii......



Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat MMC (Major Medical Cover).
Perhatian :
Manfaat MMC ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :

1- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.

Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation (300 <= ko-takaful :10% <=1000)Contoh 1 :
Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN bayar selebihnya iaitu RM 1,700

Contoh 2 :

Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.

Contoh 3 :

Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh hubungi saya 019-4744202 atau email:norazlanshah@prupartner.com.my



2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.


3- Apakah Pengecualiannya?

Pengecualian yang biasa ialah:

1. Kecederaan diri yang disengajakan.
2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.

Nota Penting :
Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.

Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :

Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung) Diabetes Mellitus Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah) Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil Hernia, buasir atau fistula Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin
Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.

Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.

Sunday, August 8, 2010

PELAN PERLINDUNAN YANG KOMPREHENSIF

MENAWARKAN PELAN 6 DALAM 1
Dengan menyertai pelan Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan di Prudential BSN Takaful anda akan ditawarkan Pelan 6 Dalam 1. Satu Pakej yang lengkap untuk anda sekeluarga. Simpanan hanya dari serendah RM3.33 sehari!
 
1   Simpanan Anda, Simpanan Pendidikan Anak anda atau Pasangan Anda akan dilabur melalui dana yang mematuhi prisip Syariah yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
2   Anda akan mendapat kemudahan Medical Card dari Prudential yang pasti akan memenuhi keperluan hospital anda atau keluarga sepenuhnya sehingga umur tua.
  • Kos rawatan di wad Hospital Pakar dibayar oleh Prudential dengan peruntukan minimum dari RM 150,000.00 sepanjang polisi dengan jumlah tuntutan RM 50,000.00 setahun.
  • Kadar bilik wad RM 100.00 sehari (bergantung kepada pelan yang anda ambil).
  • Elaun hospital RM 200.00 sehari (tidak melibatkan nilai simpanan atau nilai Medical Card anda).
  • Dan banyak lagi kemudahan Medical Card dari Prudential yang di terima oleh kebanyakan Hospital Pakar tanpa banyak soal.
  • 3   Faedah perlindungan 36 Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya. Pampasan Kematian akibat sebarang kemalangan, bayaran sekaligus (bergantung kepada pelan polisi masing-masing) akan dibuat sehingga RM 100,000.00. Perlindungan penyakit wanita (PRUlady) akan dibayar sehingga RM 50,000.00 sekiranya anda disahkan menghidap penyakit wanita yang disenaraikan (stage 1). Ini juga bergantung pada polisi masing-masing.
    4   Faedah perlindungan Personal Accident untuk anda atau keluarga anda di mana-mana sahaja sama ada di Jalan Raya, di Rumah, di Tempat Kerja atau di Sekolah. Tuntutan bayaran bil rawatan sehingga RM 2000.00 bagi setiap kes kemalangan yang tidak dimasukkan ke wad. M.C. – Elaun Cuti Sakit (disebabkan kemalangan) RM 200.00 seminggu. (elaun hospital dan elaun cuti sakit akan dibayar setelah anda keluar hospital dan bayaran kos hospital tidak akan menjejaskan jumlah simpanan anda atau nilai Medical Card anda).
     
    5  Auto Saving, sekiranya anda disahkan menghidap satu antara 36 penyakit kritikal, anda tidak perlu lagi membayar premium anda. Prudential yang akan membayar untuk anda sehingga umur tua!. Sekiranya keluarga di bawah tanggungan anda mempunyai pelan Prudential yang berasingan mereka juga tidak perlu lagi membayar sebarang premium, Prudential yang akan membayar untuk mereka. Untuk anak anda pula yang menambah PRUlink education plan, sekiranya berlaku perkara tersebut ke atas diri anda, simpanannya terjamin sehingga umur 25 tahun.
     
     Polisi Fleksibel,satu-satunya polisi yang tidak ada tempoh matang, anda boleh membuat pengeluaran tunai! (untuk mendapat kemudahan ini pastikan Cash Value anda melebihi RM 4,000.00 ... ini bermaksud sekiranya di dalam akaun anda ada RM 10,000.00 anda boleh keluarkan RM 6000.00 untuk sebarang kegunaan anda). Anda juga boleh memohon Holiday Premium – Pengecualian membayar premium bagi tempoh tertentu dan perlindungan 6 Dalam 1 anda serta manfaat-manfaatnya diteruskan seperti biasa. Holiday Premium sangat berguna disaat anda terdesak dan tidak mampu untuk membayar premium buat sementara waktu (ini juga bergantung kepada Cash Value anda). Holiday Premium dari Prudential adalah antara program terbaik yang dirangka khusus untuk anda. Ia boleh menjangkau masa yang panjang merujuk kepada tempoh sesuatu polisi.
    + Faedah Persaraan, sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan, ini akan menjadi sebagai bonus untuk persaraan hari tua anda. Dari Pakej Simpanan dan Pelaburan, anda tidak perlu risau tentang persaraan anda terutama kepada anda yang bekerja sendiri dan tidak membuat sebarang simpanan atau caruman KWSP.
     
                  CONTOH PERBANDINGAN
    BANK / ASB / LAIN - LAIN
              PRUDENTIAL



    SIMPANAN - RM 200.00   SIMPANAN - RM 200.00
    RM 200.00 X 12 BULAN = RM 2400.00   RM 200.00 X 12 BULAN = RM 2400.00
    5 TAHUN = RM 12,000.00   5 TAHUN = RM 12,000.00
         
    MEDICAL CARD = TIADA   MEDICAL CARD = DISERTAKAN
        MANFAAT YANG MELIPUTI :-
        > KEMASUKAN KE HOSPITAL
        > 36 PENYAKIT KRITIKAL
        > KEMATIAN - AKIBAT KEMALANGAN ATAU
           SEBALIKNYA
        > PERSONAL ACCIDENT
        > HILANG UPAYA KEKAL
        > KOS RAWATAN 
        > KADAR BILIK
        > ELAUN HOSPITAL
        > M.C. ( Seminggu atau lebih )
         
         
    SEKIRANYA ANDA DIMASUKKAN KE   ANDA TIDAK PERLU MENGELUARKAN 
    HOSPITAL, ANDA TERPAKSA MENGGUNAKAN   WANG SIMPANAN, SEMUANYA DITANGGUNG
    WANG SIMPANAN UNTUK PERBELANJAAN   OLEH PRUDENTIAL, MALAH WANG SIMPANAN
    RAWATAN. INI BERMAKNA WANG SIMPANAN   ANDA MASIH DITERUSKAN MELALUI
    ANDA AKAN TERGANGGU DAN TIDAK DAPAT   "AUTO SAVING" PRUDENTIAL SEHINGGA
    MENERUSKAN SIMPANAN.   UMUR TUA!
        "AUTO SAVING" JUGA BERFUNGSI UNTUK 
        KELUARGA ANDA SEKIRANYA MEREKA JUGA
        MEMPUNYAI AKAUN MASING-MASING.



           20 TAHUN = RM 48,000.00 + %
    20 TAHUN = RM 48,000.00 + %



    > UNTUK % SILA RUJUK KEPADA BANK   > SIMPANAN ANDA AKAN DILABUR KE
       MASING-MASING      DALAM DANA-DANA ISLAMIC
        > INI BERMAKNA DI DALAM SATU AKAUN
           ANDA AKAN ADA SIMPANAN, 
           PERLINDUNGAN DAN PELABURAN.

    NOTA :-  Simpanan sebanyak RM 200.00 yang ditunjukkan di dalam perbandingan ringkas di atas adalah sebagai contoh sahaja. Simpanan untuk '20 TAHUN = RM 48,000 + %' adalah jangkaan sahaja, ia bergantung kepada prestasi dana yang dilaburkan. 
             Di sini saya cuma membuat perbandingan dengan Bank, ASB, Tabung Haji dan KWSP, sekiranya anda mempunyai polisi yang lain anda boleh membuat perbandingan. Perbandingan mestilah dibuat dari polisi yang asal dengan nilai premium yang sama. Kalau nilai premium yang dibandingkan lebih rendah nilai sudah pasti menjadi kelebihan polisi tersebut kerana murah dan anda perlu tahu apa yang terkandung di dalam polisi tersebut. Penjelasan dari perunding anda sangatlah penting kerana setiap fakta yang terkandung mestilah diterangkan dengan jelas dan telus. Pastikan tidak ada fakta-fakta yang tersembunyi. Ini penting kerana masalah akan timbul semasa anda hendak membuat tuntutan kelak.
            Sekurang-kurangnya anda perlu tahu bagaimana proses hendak membuat tuntutan.